Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Farid Kamil gagal gugurkan 5 tuduhan jenayah

Jabatan Peguam Negara menolak wakil pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Farid Kamil gagal gugurkan 5 tuduhan jenayah

Farid Kamil. (Gambar: faridkamilz/Instagram)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 10:29PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 10:42PM

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara menolak wakil pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari untuk menggugurkan lima tuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris memaklumkan perkara itu semasa sebutan kes Farid Kamil, 37 tahun, di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Mahkamah kemudiannya mengekalkan tarikh perbicaraan selama lima hari bermula 27 November.

Farid Kamil ketika ditemui para wartawan di luar mahkamah berkata bahawa beliau akan menghantar wakil kedua secepat mungkin.

"Kita terima keputusan yang sudah ditetapkan dan perbincangan akan dilakukan bersama peguam saya untuk mengemukakan wakil untuk kali kedua," kata pelakon itu.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan meyebabkan kecederaan, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa dengan sengaja mencederakan Encik Ashraf Ahmad, 35 tahun, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Encik Muhammad Nizam Jamaluddin, 24 tahun, seorang anggota polis.

Bagi tuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Encik Muhammad Nizam sebagai seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalankan tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi tuduhan keempat, beliau didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan terhadap Encik Muhammad Nizam.

Pada 25 Jan, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunakan dadah jenis tetra hydrocannabinol atau THC. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan