Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Farid Kamil akan dipanggil polis; dakwa cuba disogok kerajaan BN

Polis akan memanggil pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, berhubung aduan polis yang dibuat terhadap beliau berkenaan dakwaan percubaan dirasuah RM5 juta (S$1.65 juta) oleh kerajaan Malaysia sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Farid Kamil akan dipanggil polis; dakwa cuba disogok kerajaan BN

Pelakon Malaysia, Farid Kamil. (Gambar: Farid Kamil/Instagram)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 08:35PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 08:40PM

SHAH ALAM: Polis akan memanggil pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, berhubung aduan polis yang dibuat terhadap beliau berkenaan dakwaan percubaan dirasuah RM5 juta (S$1.65 juta) oleh kerajaan Malaysia sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, ketika mengesahkan perkara itu, berkata aduan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pada pukul 6.00 petang semalam (8 Nov), oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Lokman Noor Adam.

“Dalam laporan polis itu, pengadu mendakwa telah melihat satu video di Youtube, di mana Farid Kamil memberitahu dia cuba dirasuah RM5 juta (S$1.65 juta) oleh kerajaan terdahulu bagi memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Najib dan Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” katanya dalam sidang media hari ini (9 Nov).

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat.

Encik Fadzil menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Dalam video yang dimuat naik ke Youtube MyFokus Online pada 7 November lalu, Farid Kamil dalam program terbitan TV Al-Hijrah berjudul “Nak jadi artis ke nak jadi ahli politik?” mendakwa beliau cuba dirasuah sebanyak RM5 juta (S$1.65 juta) oleh pihak kerajaan sebelum ini untuk memaafkan Encik Najib dan Cik Rosmah. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan