Images
  • fb
    (Gambar: REUTERS/Regis Duvignau/Files)

Facebook utamakan rakan bukan berita dalam siri perubahannya

SAN FRANCISCO/LONDON: Facebook Inc pada Khamis (11 Jan) mula mengubah cara ia menyaringkan catatan dan video di halaman 'News Feed' utamanya.

Ini juga langkah yang disifatkan oleh Ketua Eksekutif Mark Zuckerberg sebagai siri perubahan dalam reka bentuk rangkaian sosial terbesar di dunia itu.

Zuckerberg, dalam catatan ringkas di Facebook, mengatakan syarikat berkenaan akan mengubah saringan bagi 'News Feed' untuk mengutamakan apa yang dikongsikan rakan dan anggota keluarga, sambil mengurangkan jumlah kandungan bukan iklan dari penerbit dan jenama.

Facebook, yang memiliki empat aplikasi telefon bijak paling popular di dunia termasuk Instagram, sudah bertahun-tahun mengutamakan bahan yang diyakini algoritma komputer sulit yang orang ramai akan dampingi menerusi komen, "likes" atau cara lain yang menunjukkan minat.

Zuckerberg, pengasas bersama berusia 33 tahun, berkata itu bukan lagi menjadi matlamatnya.

"Saya menukar matlamat yang saya berikan kepada pasukan produk kami, dari memberi tumpuan untuk membantu anda mencari kandungan relevan kepada membantu anda menikmati interaksi sosial yang lebih bermakna," tulis Zuckerberg.

Peralihan tersebut mungkin bermaksud bahawa masa yang diluangkan di laman Facebook dan beberapa langkah pendampingan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, tulisnya, tetapi beliau turut berkata ia lebih membawa manfaat kepada pengguna dan perniagaan dalam jangka panjang.

Pengiklanan di rangkaian sosial tidak akan terjejas oleh perubahan tersebut, kata John Hegeman, naib presiden Faecbook, dalam satu wawancara.

Facebook dan pesaing media sosialnya dikritik hebat yang menuduh produk mereka mengutamakan pandangan pengguna terhadap isu sosial dan politik dan membawa kepada ketagihan berdasarkan tabiat tontonan, mengemukakan soalan tentang kawal selia yang mungkin dikuatkuasakan dan daya maju jangka panjang syarikat.

Syarikat tersebut sudah dikritik bagi algoritma yang mungkin mengutamakan berita yang menyeleweng dan penyebaran maklumat tidak benar dalam saluran orang ramai, mempengaruhi pilihan raya presiden Amerika 2016 dan wacana politik di banyak negara.

- Reuters/IM/im

Komen Anda?

Top