Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

EU gesa Rusia, Iran guna pengaruh tamatkan konflik Syria

Perwakilan tertinggi Kesatuan Eropah (EU) menggesa Rusia dan Iran untuk menggunakan pengaruh mereka bagi menamatkan konflik di Syria dan mengadakan rundingan bermakna dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anggaran Waktu Membaca:
EU gesa Rusia, Iran guna pengaruh tamatkan konflik Syria

Bendera-bendera Kesatuan Eropah (EU) berkibar-kibar di luar ibu pejabat Suruhanjaya EU di Brussels, Belgium. (Gambar: REUTERS/Francois Lenoir)

Diterbitkan : 16 Apr 2018 08:22PM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 08:24PM

LUXEMBOURG: Perwakilan tertinggi Kesatuan Eropah (EU) menggesa Rusia dan Iran untuk menggunakan pengaruh mereka bagi menamatkan konflik di Syria dan mengadakan rundingan bermakna dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketua Dasar Luar EU, Federica Mogherini berkata demikian di Luxembourg di mana para menteri luar EU bersidang bagi membincangkan konflik di Syria.

Cik Mogherini menambah EU sudah bersedia untuk membiayai kos pembinaan semula Syria hanya apabila proses politik mula dijalankan.

Menteri-menteri luar EU sudahpun berikrar untuk bersatu dalam hal itu.

Sebelum ini, para pemimpin EU berbelah bagi terhadap keputusan melancarkan serangan ke atas Syria dan bagaimana untuk menangani hubungan diplomatik dengan Mosko yang semakin buruk.

Canselor Jerman Angela Merkel menyifatkan serangan oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis ke atas Syria itu sebagai sesuatu yang "perlu dan wajar."

Namun beberapa anggota EU yang lain memilih untuk tidak bertindak dahulu bagi mengelakkan sebarang tindak balas daripada Rusia yang merupakan pembekal gas penting ke EU.

Bagaimanapun Setiausaha Luar Britain Boris Johnson berkata serangan itu tidak akan dapat menghentikan perang saudara di Syria.

Sebaliknya, ia merupakan satu cara untuk menunjukkan bahawa penggunaan senjata-senjata kimia itu sudah tidak boleh lagi diterima. 

Sumber : Reuters/NT/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan