Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Eksport minyak sawit merosot, Najib gesa kerajaan Pakatan gantung cukai eksport

Mantan perdana menteri menggesa kerajaan Pakatan Harapan supaya menggantung cukai eksport minyak kelapa sawit sehingga akhir tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih bagi membantu pekebun kecil.

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport minyak sawit merosot, Najib gesa kerajaan Pakatan gantung cukai eksport

Mantan perdana menteri Najib Razak. (Gambar: AFP/Mohd RASFAN)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 07:52AM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 07:54AM

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri menggesa kerajaan Pakatan Harapan supaya menggantung cukai eksport minyak kelapa sawit sehingga akhir tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih bagi membantu pekebun kecil.

Menurut Encik Najib Razak, pada Khamis lalu (14 Jun) harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari kesembilan berturut-turut di mana harganya kini adalah RM2,300 (S$780) satu tan metrik.

“Turut dilaporkan, eksport minyak sawit kita bagi 10 hari pertama Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.

“Satu daripada faktor kejatuhan ini adalah tindakan kerajaan mengenakan cukai lima peratus terhadap eksport minyak sawit dan penganalisis pasaran menyatakan ia adalah faktor utama berkurangnya permintaan dan penurunan harga,” tulis Encik Najib Razak menerusi catatan Facebooknya semalam (18 Jun).

Cukai eksport sebanyak lima peratus ini akan terus dikuatkuasakan pada Julai dan seterusnya.

Kerajaan BN sebelum ini menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini bagi memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak sawit Malaysia terus berdaya saing di pasaran antarabangsa, tambah Encik Najib. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan