Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Editor Sarawak Report ditahan kemudian dibebaskan

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown "ditahan sekejap" di Singapura pada Sabtu (15 Sep), menurut laman Facebook Sarawak Report.

Anggaran Waktu Membaca:
Editor Sarawak Report ditahan kemudian dibebaskan

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown (Gambar: Facebook/Sarawak Report)

Diterbitkan : 16 Sep 2018 08:40PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 08:44PM

SINGAPURA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown "ditahan sekejap" di Singapura pada Sabtu (15 Sep), menurut laman Facebook Sarawak Report.

Menurut laman itu, Rewcastle-Brown ditahan pada 1.00 pagi selepas melancarkan buku hasil penulisannya di sini.

“Ternyata seseorang telah meletakkannya namanya dalam senarai hitam pada 2016 tetapi pihak berkuasa Singapura berada dalam kebingungan tentang mengapa beliau diletakkan dalam senarai hitam.

“Selepas menjelaskan mengenai penglibatannya dalam pendedahan skandal 1MDB, beliau kemudian dibebaskan. Mereka mencadangkan supaya beliau membangkitkan masalah “senarai hitam yang menimbulkan misteri” itu kepada pihak berkuasa,” kata Sarawak Report.

Wartawan penyiasat kelahiran Britain Rewcastle Brown adalah orang yang mula sekali mendedahkan skandal 1MDB atau 1Malaysia Development Berhad.

Buku yang dihasilkannya, juga bertajuk Sarawak Report, memperincikan pengalamannya mendedahkan skandal tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan