Images
  • gaza
    (Gambar: Mohammed Abed/ AFP)

Duta Palestin dipanggil pulang selepas Duta Austria hadiri pembukaan kedutaan AS di Baitulmakdis

VIENNA: Palestin memanggil pulang dutanya ke Austria, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Wakil Palestin di Vienna.

Duta Salah Abdel Schafi akan meninggalkan Vienna pada Jumaat (18 Mei) untuk satu tempoh yang belum ditentukan, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada semalam (16 Mei).

'’Penyertaan Duta Austria, Martin Weiss, dalam satu majlis menjelang pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmakdis, memperlihatkan bahawa Austria bukan sekadar menentang syarat-syarat Kesatuan Eropah (EU) malah melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).'’

Keputusan itu diambil oleh Palestin selepas pembukaan Kedutaan Amerika yang mencetuskan kontroversi di Baitulmakdis pada 14 Mei.

Tindakan Amerika itu mencetuskan pertempuran berdarah antara penduduk Palestin dengan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

- BERNAMA/AQ/aq

Top