Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir: Tiada belas kasihan pegawai kerajaan rasuah

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memberi amaran keras terhadap pemimpin dan pegawai kerajaan negara itu jika didapati melakukan rasuah.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir: Tiada belas kasihan pegawai kerajaan rasuah

(Gambar fail: Kazuhiro NOGI/ AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 02:33PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 02:57PM

PUTRAJAYA: "Go out,” (pergi).

Demikian amaran keras Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad terhadap pemimpin dan pegawai kerajaan negara itu jika didapati melakukan rasuah.

Dr Mahathir memberi amaran bahawa beliau tidak berkompromi dalam isu rasuah.

"Tiada belas kasihan, tiada pertimbangan dan kesalahan tidak akan ditutup," katanya.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 3,500 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menteri-menteri kabinet yang menghadiri sesi Town Hall Bersama PTD hari ini (15 Ogos).

Tambah Dr Mahathir, pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri perlu memberi teladan yang baik untuk menentang isu rasuah termasuk mengisytiharkan harta.

Sumber : Bernama/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan