Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir kunjungi pengeluar dron terbesar dunia di China

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, memulakan lawatan hari ketiga ke China dengan mengunjungi Da-Jiang Innovations (DJI).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir kunjungi pengeluar dron terbesar dunia di China

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad semasa lawatan ke Da-Jiang Innovations (DJI) di China. (Gambar: Dr. Mahathir bin Mohamad/Facebook)

Diterbitkan : 19 Aug 2018 04:07PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 04:18PM

BEIJING: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, memulakan lawatan hari ketiga ke China dengan mengunjungi Da-Jiang Innovations (DJI).

Agensi berita Astro Awani difahamkan bahawa syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Shenzen, Guangdong itu merupakan pengeluar dron komersil terbesar di dunia dengan mengawal sekitar 70 peratus pasaran dunia.

Semasa lawatan itu, Dr Mahathir diperkenalkan dengan teknologi terbaru DJI ketika sesi demonstrasi.

Turut hadir bersama beliau ialah Menteri Perladangan dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub. Mereka disambut oleh Presiden DJI, Roger Luo dan Timbalan Presiden, Fred Zhang, lapor Astro Awani.

Dron DJI digunakan secara meluas di seluruh dunia oleh pemakin industri filem, penyiaran, media dan muzik.

Menurut laporan Astro Awani, teknologi dron yang digunakan dalam industri pertanian turut diperkenalkan semasa lawatan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan