Images
  • dominos pizza
    Piza Domino's (Gambar: Instagram/Dominos)

'Domino's Pizza' menyesal cabar pelanggan buat tatu demi piza percuma

RUSIA: Buat tatu logo syarikat dan dapat 100 piza percuma setiap tahun selama 100 tahun.

Bukan sekadar gimik, itulah janji restoran makanan segera popular Domino's Pizza di Rusia untuk memasarkan restoran mereka.

Namun, teknik pemasaran itu seolah-olah tidak dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya apabila syarikat berkenaan akhirnya terpaksa menarik balik 'janjinya' selepas menerima maklum balas luar biasa daripada pelanggan mereka.

Domino's tidak menyangka ramai pelanggan akan menyahut cabaran itu sehingga ia terpaksa membuat peraturan baru beberapa hari kemudian. Tawaran itu hanya dihadkan kepada 350 individu terawal sahaja yang membuat tatu berkenaan, lapor Metro UK.

Dengan ramai yang terburu-buru untuk merebut peluang keemasan tersebut, kuota berkenaan dapat diisi dengan cepat.

"Kawan-kawan, kita sudah mempunyai 350 peserta.

"Kami tidak akan menerima peserta lagi selepas ini walaupun mereka sudah membuat tatu," tulis Domino's Pizza Rusia di laman Facebook mereka pada 10 September.

Mengikut perancangan, kempen 'Domino's forever' ataupun 'Selamanya Dominos' itu dijadualkan berlangsung selama dua bulan, bermula 31 Ogos sehingga 31 Oktober. Namun, promosi itu terpaksa dihentikan lebih awal dari tarikh sebenar.

Menurut Metro UK, 350 invidu yang berjaya diberikan 100 kod untuk menebus piza sepanjang setahun.

Natijahnya, teknik pemasaran perlulah dirancang secara terperinci. Jika tidak, syarikat anda bukan meraih keuntungan, malah sebaliknya. Lebih membimbangkan lagi, pelanggan juga akhirnya akan kecewa.  

- Agensi berita/AQ/tq

Top