Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor sedia kecualikan kos pembedahan bagi penyiasat rasuah yang disimbah asid

Seorang doktor di Singapura menawarkan untuk mengecualikan kos pembedahan bagi penyiasat rasuah Indonesia terkenal Novel Baswedan, yang kini sedang mendapatkan rawatan perubatan di negara ini setelah mukanya disimbah asid.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor sedia kecualikan kos pembedahan bagi penyiasat rasuah yang disimbah asid

Encik Novel Baswedan di sebuah hospital di Jakarta, 11 April. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 11:13AM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 11:16AM

JAKARTA: Seorang doktor di Singapura menawarkan untuk mengecualikan kos pembedahan bagi penyiasat rasuah Indonesia terkenal Novel Baswedan, yang kini sedang mendapatkan rawatan perubatan di negara ini setelah mukanya disimbah asid.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Penghapusan Rasuah Indonesia (KPK) Laode Muhammad Syarif memberitahu media pada Selasa (18 Apr) bahawa seorang doktor, yang hanya dikenali sebagai Dr Tan, membuat tawaran tersebut apabila dimaklumkan bahawa pesakitnya adalah seorang penyiasat rasuah.

Encik Novel sedang berjalan pulang ke rumah dari sebuah masjid apabila mukanya disimbah asid oleh para penyerang yang menunggang motosikal. Beliau kini mengalami daya penglihatan yang kabur di mata kirinya dan memerlukan pembedahan.

Encik Novel, yang dimasukkan ke Hospital Besar Singapura selama seminggu, menerajui siasatan KPK bagi kes rasuah bernilai AS$170 juta (S$240 juta) yang melibatkan beberapa ahli politik kanan.

Presiden Joko Widodo mengutuk keras serangan tersebut dan menggesa polis supaya memburu para penyerang berkenaan.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan