Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor India digantung kerja; guna kaki pesakit yang dipotong sebagai bantal

Pihak berkuasa India menggantung kerja dua doktor dan melancarkan siasatan selepas kaki seorang pesakit yang dipotong, digunakan sebagai bantal bagi kepalanya, menurut pegawai hospital pada Ahad (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor India digantung kerja; guna kaki pesakit yang dipotong sebagai bantal

(Gambar: AFP/Manan VATSYAYANA)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 12:02PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 12:04PM

NEW DELHI: Pihak berkuasa India menggantung kerja dua doktor dan melancarkan siasatan selepas kaki seorang pesakit yang dipotong, digunakan sebagai bantal bagi kepalanya, menurut pegawai hospital pada Ahad (11 Mac).

Pentadbir di hospital pemerintah di wilayah Uttar Pradesh itu mengatakan pihaknya akan mengambil "tindakan tegas" selepas beberapa gambar tersebar, yang menunjukkan pesakit itu diusung, dengan kakinya yang dipotong digunakan sebagai penyandar kepala.

"Kami sudah menubuhkan jawatankuasa seramai empat anggota bagi mencari siapa yang meletakkan kaki yang cedera parah itu di bawah kepala pesakit," kata Sadhna Kaushik, guru besar Kolej Perubatan Maharani Laxmibai dan Hospital di Jhansi, kepada AFP.

"Tindakan tegas akan diambil jika kakitangan kami didapati bersalah."

Dua doktor digantung kerja sementara menantikan dapatan siasatan, katanya.

Lelaki berkenaan yang dikenal pasti sebagai Ghanshyam, 28 tahun, cedera parah dalam kemalangan bas.

Saudara-maranya memberitahu rangkaian berita tempatan NDTV bahawa kakitangan hospital tidak mempedulikan permintaan mereka agar Ghanshyam diberikan bantal.

Hospital pemerintah India biasanya tidak mempunyai peralatan dan dana yang mencukupi. Beberapa pakar yang ada sekarang terpaksa merawat jutaan pesakit.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan