Doktor bebas daripada tuduhan sebabkan kematian menantu Ahmad Zahid
Dr Ting Teck Chin dibebaskan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, tanpa dipanggil bagi membela diri
KUALA LUMPUR: Seorang doktor dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kematian Syed Alman Syed Alwi, menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, hari ini (10 Ogos). Demikian dilaporkan Malaysiakini.
Malaysiakini melaporkan bahawa Dr Ting Teck Chin, 38 tahun, dibebaskan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, tanpa dipanggil bagi membela diri.
Hakim Zaman Mohd Noor berkata tiada kes prima facie terhadap Dr Ting Teck Chin, yang merupakan seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G).
Dr Ting didakwa menyebabkan kematian Syed Alman, di Pusat Pakar Pergigian Imperial di Bangsar, pada 1 Jun 2016, lapor Malaysiakini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.