Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ditahan: Guru tahfiz dipercayai lakukan seks luar tabii dengan anak murid

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada sekitar 12.00 tengah hari oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ditahan: Guru tahfiz dipercayai lakukan seks luar tabii dengan anak murid

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 11:49PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 11:52PM

KUALA LUMPUR: Seorang guru tahfiz hari ini (11 Jul) ditahan selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap anak muridnya yang berusia 14 tahun di sebuah pusat tahfiz di Hulu Klang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada sekitar 12.00 tengah hari oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

"Remaja lelaki itu membuat aduan polis semalam (10 Jul) dan mendakwa pada awal Mei, suspek meminta mangsa melakukan seks oral terhadapnya namun mangsa menolak.

“Kemudian suspek dipercayai bertindak melakukan seks oral terhadap mangsa sebanyak lima kali, mangsa takut untuk kembali ke pusat tahfiz berkenaan," kata ACP Hamzah.

Beliau menambah, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan (17 Jul) untuk siasatan lanjut. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan