Images
  • white house
    Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)

Democrat gesa pemecatan Peguam Negara AS disiasat

WASHINGTON: Parti Democrat mendesak Dewan Perwakilan supaya segera bersidang bagi menyiasat pemecatan Peguam Negara, Jeff Sessions.

Presiden Trump memecat Encik Sessions sehari selepas parti Democrat menguasai semula Dewan Perwakilan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.

Democrat menganggap langkah itu sebagai usaha untuk melemahkan siasatan federal terhadap campur tangan Rusia dalam Pilihan Raya 2016.

Presiden Trump melantik Matthew Whitaker sebagai pengganti Encik Sessions.

Encik Whitaker menyokong pendirian Presiden Trump yang menolak siasatan mengenai campur tangan Rusia itu.

Sementara itu di New York, lebih 1,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di Times Square bagi membantah sebarang campur tangan terhadap siasatan mengenai peranan Rusia itu dan juga pemecatan Encik Sessions.

Kumpulan-kumpulan aktivis juga mengancam akan meneruskan bantahan di merata negara itu. 

- Agensi berita/MM/ai

Top