Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dapatan siasatan isu penyelewengan Tabung Haji diumum Isnin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Dr Mujahid Yusof Rawa akan mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Dapatan siasatan isu penyelewengan Tabung Haji diumum Isnin

Lembaga Tabung Haji. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 08 Dec 2018 08:32PM Dikemas Kini : 08 Dec 2018 08:34PM

ARIT BUNTAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Dr Mujahid Yusof Rawa akan mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin ini.

Beliau berkata pengumuman berkenaan yang antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan, akan dibuat pada sidang media di Parlimen.

"Ini kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kami jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihkan kerana ia melibatkan kepentingan Islam," katanya dalam sidang media selepas program Back To School di Mydin Mall pada Sabtu (8 Dis).

Pada majlis itu, seramai 200 murid di Parlimen Parit Buntar menerima bantuan beg sumbangan Mydin dan baucar pembelian pakaian seragam sekolah bernilai RM100 (S$32.9) setiap seorang dari Pusat Khidmat Rakyat.

Dr Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata pendedahan itu bukan bertujuan membalas dendam seperti yang didakwa pihak tertentu namun pihaknya bertanggungjawab memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung isu tersebut.

Pada 30 November lalu TH membuat dua aduan polis terhadap bekas pengerusi Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif Ismee Ismail dan Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan.

Aduan pertama berhubung Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017 apabila dana berjumlah RM22 juta (S$7.23 juta) disalurkan untuk aktiviti yang didakwa mempunyai kecenderungan politik manakala satu lagi aduan dibuat kerana menyembunyikan maklumat penting dan salah nyata membabitkan penjualan saham TH pada 2012. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan