Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dalang arah bunuh lebih penting, kata bapa Altantuya

Sebaliknya, Encik Setev mahu mengetahui siapa yang mengarahkan anak perempuannya Altantuya Shaariibuu itu dibunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:49AM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 08:59PM

KUALA LUMPUR: Bapa warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Encik Setev Shaariibuu tidak peduli dengan komando polis Sirul Azhar Umar - lelaki yang dihukum mati kerana membunuh anaknya, Altantuya.

Sebaliknya, Encik Setev mahu mengetahui siapa yang mengarahkan anak perempuannya itu dibunuh, menurut laporan Malaysiakini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang Sirul, atau tentang hukuman mati (yang dijatuhkan ke atasnya).

"Yang penting, siapa yang mengarahkan pembunuhan ini ... Bukan Sirul," kata Setev pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, seperti dilaporkan di Malaysiakini.

Menurut Malaysiakini, peguam kepada Encik Setev Shaariibuu, Encik Ramkarpal Singh juga bersetuju bahawa Sirul tidak penting untuk kemungkinan kes pembunuhan Altantuya disiasat semula kerana terdapat bukti yang dijumpai yang boleh dikemukakan.

Malaysiakini turut menambah, peguam berkenaan juga berkata bahawa polis mungkin sudah tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu, dan ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk perkara ini didedahkan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan