Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Daerah kedua di Switzerland undi pengharaman burqa

Daerah kedua di Switzerland akan mengundi pada Ahad (23 Sep) bagi satu usulan untuk memperkenalkan pengharaman burqa.

Anggaran Waktu Membaca:
Daerah kedua di Switzerland undi pengharaman burqa

Pengharaman pemakaian niqab diusulkan di Switzerland tahun lalu. (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 01:19PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 01:23PM

GENEVA: Daerah kedua di Switzerland akan mengundi pada Ahad (23 Sep) bagi satu usulan untuk memperkenalkan pengharaman burqa.

Pengharaman melalui satu undang-undang yang mencetuskan kontroversi itu akan meliputi semua pakaian yang menutup muka di tempat awam.

Penduduk St Gallen dijangka mengikut langkah daerah Ticino yang memperkenalkan undang-undang itu dua tahun lalu yang dilihat menyasarkan burqa dan pakaian Muslim lain.

Teks berbunyi ‘mana-mana orang yang menutup muka di tempat awam hingga tidak dapat dikenali dan dari itu membahayakan keselamatan awam atau menjejas keamanan sosial dan agama boleh didenda’ dipersetujui para penggubal undang-undang St Gallen, lewat tahun lalu.

Undang-undang itu diluluskan Parlimen wilayah dengan sokongan parti berhaluan kanan dan tengah.

Bagaimanapun, isu itu perlu diputuskan penduduk selepas Parti Green dan Belia Sosialis menuntut pengutan suara mengenainya.

Teks itu mulanya dirangka selepas bantahan meletus di sebuah daerah disebabkan seorang remaja perempuan memakai pakaian menutup muka ke sekolah.

Bagaimanapun, teks itu juga dianggap bermasalah, kata Fredy Fassler, anggota Belia Sosialis yang bertanggungjawab atas aspek keselamatan dan keadilan di St. Gallen.

Ini kerana ia tidak menetapkan bilakah seseorang wanita yang memakai burqa menjadi ancaman dan pengkritik "bimbang sekatan dilaksanakan secara sewenang-wenangnya", katanya kepada akhbar Le Temps.

Tahun lalu, pemerintah Switzerland menentang inisiatif bertujuan mencipta undang-undang mengharamkan pemakaian burqa di seluruh negara itu.

Pemerintah berpendapat, ia sepatutnya diputuskan pihak berkuasa daerah jika perkara itu wajar atau tidak untuk dilaksanakan.

Sumber : AFP/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan