Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Daerah China keluarkan notis larang pelajar kunjungi masjid

Pihak berkuasa di sebuah daerah di barat laut China yang majoriti penduduknya beragama Islam melarang para pelajar daripada mengunjungi masjid semasa cuti sekolah musim sejuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Daerah China keluarkan notis larang pelajar kunjungi masjid

(Gambar: AFP/GOH CHAI HIN)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 10:32PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:36PM

GUANGHE: Pihak berkuasa di sebuah daerah di barat laut China yang majoriti penduduknya beragama Islam melarang para pelajar daripada mengunjungi masjid semasa cuti sekolah musim sejuk.

Demikian menurut akhbar negara yang melaporkannya pada Jumaat (19 Jan), dalam langkah terbaru pihak berkuasa untuk mengetatkan peraturan berhubung kebebasan beragama.

Keputusan tersebut digariskan dalam notis larangan yang dihantar ke semua sekolah tinggi, sekolah rendah dan tadika di daerah Guanghe di wilayah Gansu, menurut Global Times.

"Sekolah-sekolah perlu memastikan pelajar mereka tidak mengunjungi tempat-tempat keagamaan bagi mengikuti kegiatan, atau menghadiri sekolah kitab atau tempat agama sepanjang cuti sekolah musim sejuk," menurut notis tersebut, lapor Global Times.

"Sekolah bagi semua peringkat dan jenis harus lebih mengukuhkan kerja-kerja ideologi dan politik serta meningkatkan kerja-kerja publisiti bagi memaklumkan setiap pelajar dan ibu bapa," tulis notis itu.

Jabatan publisiti tempatan mengesahkan notis berkenaan kepada Global Times. Masih tidak jelas mengapa larangan itu dilaksanakan semasa musim cuti sekolah.

Kira-kira 98 peratus daripada 257,000 penduduk Guanghe adalah dari kaum etnik minoriti, kebanyakannya kumpulan Islam Hui dan Dongxiang, dedah laman pemerintah daerah itu.

Sebuah gambar seakan-akan notis itu turut disebarkan online, meskipun AFP tidak dapat mengesahkan kesahihannya.

Larangan ke masjid itu dikeluarkan sedang pihak berkuasa bersiap sedia untuk menguatkuasakan peraturan baru bermula 1 Februari bagi menambah hukuman lebih tegas ke atas kegiatan agama yang tidak disekat dan meningkatkan pengawasan negara ke atas beberapa kumpulan agama.

Ini bagi percubaannya untuk "menyekat kegiatan pelampau" dan menangani apa yang disifatkannya sebagai ancaman dalaman.

Di daerah Xinjiang, bilangan penduduk Uighur yang kebanyakannya beragama Islam berdepan dengan peraturan yang semakin tegas berhubung agama mereka, termasuk larangan berjanggut dan solat di tempat awam.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan