Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dadah bernilai S$99 juta dirampas di Thailand

Polis Thailand merampas lebih 22 juta pil methamphetamine dari wilayah Chiang Rai, yang terletak berhampiran sempadan yang memisahkan Thailand dan Myanmar, dalam operasi rampasan dadah besar-besaran yang dijalankan di wilayah itu baru-baru ini. Demikian menurut pihak berkuasa pada Isnin (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Dadah bernilai S$99 juta dirampas di Thailand

Polis Thailand merampas lebih 22 juta pil methamphetamine dari Chiang Rai, bernilai S$99 juta. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 11:01AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 11:05AM

BANGKOK: Polis Thailand merampas lebih 22 juta pil methamphetamine dari wilayah Chiang Rai, yang terletak berhampiran sempadan yang memisahkan Thailand dan Myanmar, dalam operasi rampasan dadah besar-besaran yang dijalankan di wilayah itu baru-baru ini. Demikian menurut pihak berkuasa pada Isnin (15 Okt).

Polis menyatakan lebih 12.2 juta pil, yang dikenali sebagai "yaba" atau "dadah gila", dirampas pada Sabtu (13 Okt) manakala lagi 10 juta pil dirampas pada Ahad (14 Okt).

Pihak polis bagaimanapun tidak mendedahkan nilai dadah yang dirampas. Namun berdasarkan jumlah dadah yang dirampas baru-baru ini, ia mungkin bernilai sekitar 2.35 bilion baht (S$99 juta).

Gambar dadah-dadah yang dirampas oleh polis Thailand. (Gambar: Reuters)

Polis dan Biro Pencegahan Narkotik meletakkan dadah yang dirampas itu dalam beg-beg, bersama dadah lain yang dirampas dalam tujuh operasi yang dilancarkan sepanjang dua minggu lalu.

Ia termasuk dadah crystal meth seberat 100 kilogram, ganja seberat 1.8 tan dan dadah kokain seberat 8 kilogram.

Seramai 13 suspek diberkas berhubung kes-kes sedemikian. Menurut polis, enam daripada mereka diberkas semasa operasi yang dilancarkan pada Sabtu lalu (13 Okt). Siasatan sedang dijalankan. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan