Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Curi kasut di masjid, pengawal keselamatan didenda RM1,000

Akibat mencuri sepasang kasut di masjid, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 (S$320) atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Anggaran Waktu Membaca:
Curi kasut di masjid, pengawal keselamatan didenda RM1,000

Insiden berlaku di Masjid As Syakirin, Puchong. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 07:47AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 07:51AM

PETALING JAYA: Akibat mencuri sepasang kasut di masjid, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda RM1,000 (S$320) atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Unazri Mohamad, 36 tahun, selepas dia mengaku bersalah mencuri sepasang kasut jenama 'K2 Safety' milik Encik Mohd Mokhtar Saad, 32, yang berharga RM100 (S$32).

Mengikut fakta kes, Encik Mohd Mokhtar yang ketika itu baru selesai menunaikan solat Asar, keluar dari masjid dan terus mencari kasutnya untuk dipakai. Namun, beliau tidak berhasil menemui kasutnya dan sebaliknya ternampak tertuduh sedang memakai kasut miliknya di pekarangan masjid tersebut.

Tertuduh kemudian melarikan diri sebelum dikejar pengadu yang akhirnya menelefon pihak polis.

Bapa tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Masjid As Syakirin, Puchong, pada jam 4.40 petang 14 Dis lalu.

Awal dari itu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Ng Kee Way merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya kini tidak lagi bekerja dan kasut yang diambilnya sudah dipulangkan kepada pengadu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan