Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China tubuhkan agensi baru antirasuah selepas undang-undang disemak

Pemerintah China memperhebat lagi tindakannya untuk membanteras rasuah di negara itu dengan penubuhan sebuah agensi baru antirasuah yang mempunyai kuasa amat besar. 

Anggaran Waktu Membaca:
China tubuhkan agensi baru antirasuah selepas undang-undang disemak

(Gambar: REUTERS/Damir Sagolj/File Photo)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 05:05PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 05:09PM

SINGAPURA: Pemerintah China memperhebat lagi tindakannya untuk membanteras rasuah di negara itu dengan penubuhan sebuah agensi baru antirasuah yang mempunyai kuasa amat besar.

Tugas agensi itu - Suruhanjaya Penyeliaan Nasional - tidak hanya terbatas kepada memantau perbuatan salah laku anggota-anggota Parti Komunis.

Ia juga mengawasi perbuatan rasuah dalam kalangan pengurus hospital-hospital milik pemerintah, institusi kebudayaan, pertubuhan sukan, institut penyelidikan dan pentadbiran kampung.

Perubahan besar itu dilakukan setelah para anggota parlimen China menyemak undang-undang di sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan hari ini.

Berdasarkan perincian maklumat rangka kerja operasinya, kuasa agensi baru antirasuah itu mengatasi Mahkamah Agung Rakyat dan pejabat pendakwa raya utama China. 

Sumber : CNA/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan