Images
  • mosque
    (Gambar: AP/Sam McNeil)

China tangguh rancangan robohkan masjid ekoran bantahan

CHINA: Pihak berkuasa China menangguhkan rancangan hendak merobohkan sebuah masjid baru di wilayah Ningxia berikutan bantahan dari kaum Muslim Hui.
Ribuan orang Hui mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan di kawasan masjid itu sejak Khamis lalu (9 Ogos).

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini, menunjukkan para penunjuk perasaan berhimpun di bahagian depan bangunan tersebut, sementara polis berdiri dengan perisai perusuh.

Pihak berkuasa tempatan mendakwa bahawa masjid di bandar Weizhou itu dibina semula tanpa permit sah. Namun perkara itu disangkal oleh orang-orang Muslim tempatan kerana masjid itu sebenarnya berusia ratusan tahun mempunyai unsur-unsur seni bina Cina.

Islam adalah antara lima agama rasmi di China dan mempunyai sekitar 23 juta penganutnya.

Ramai anggota suku kaum Hui bimbang pemerintah akan meluaskan sekatan ketatnya terhadap masyarakat Islam Uighur di Xinjiang ke wilayah-wilayah lain seperti Ningxia. 

- CNA/RU/na

Top