Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China minta Taiwan hentikan risikan ke atas negara itu

China pada Ahad menuduh agensi-agensi risikan Taiwan sebagai sedang meningkatkan langkah mencuri maklumat dengan tujuan melakukan "penyusupan" dan "sabotaj". Beijing juga memberi amaran terhadap wilayah itu agar tidak mengeruhkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
China minta Taiwan hentikan risikan ke atas negara itu

Bendera Taiwan (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Sep 2018 07:34PM Dikemas Kini : 16 Sep 2018 07:37PM

BEIJING: China pada Ahad menuduh agensi-agensi risikan Taiwan sebagai sedang meningkatkan langkah mencuri maklumat dengan tujuan melakukan "penyusupan" dan "sabotaj". Beijing juga memberi amaran terhadap wilayah itu agar tidak mengeruhkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak.

Agensi-agensi berkenaan di Taiwan mesti menghentikan aktiviti secara serta merta, menurut agensi berita Xinhua yang menukil An Fengshan, seorang jurucakap Pejabat Ehwal Taiwan di China.

Pada Sabtu (15 Sep) saluran televisyen China menyiarkan siri program yang memaparkan kes-kes di mana para pelajar China yang menuntut di Taiwan didakwa menjadi sasaran oleh perisik yang mengumpan mereka dengan wang, kekasih dan persahabatan.

Dakwaan itu menyusuli usaha China menggalakkan warga Taiwan bermastautin di China dengan kad pengenalan baru dan pelbagai manfaat lain.

Taiwan pula memberi amaran kepada para warganya agar berwaspada terhadap risiko tinggal dalam negara autokratik di mana internet ditapis dan dan pelbagai kelemahan lain.

China dan Taiwan sering saling tuduh menuduh tentang perbuatan merisik.

Pada 2017, seorang warga China yang menuntut di Taiwan dihukum penjara kerana mengumpulkan maklumat sensitif menerusi pihak-pihak di sekolah-sekolah dan pejabat awam Taiwan. Dia juga dikatakan cuba membina rangkaian pengintip di pulau itu.

China menganggap Taiwan sebagai wilayah yang memberontak dan tidak pernah menolak akan menggunakan kekerasan untuk menundukkannya. Kadangkala kapal perang dan jet-jet pejuang sengaja digerakkan berhampiran dengan pulau itu.

Sejak beberapa bulan lalu China juga memikat beberapa negara yang sebelum ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan supaya menjauhi pulau tersebut.

Namun sedang Beijing semakin mengasingkan Taiwan, Taipei pula secara senyap-senyap menjalin hubungan keselamatan dengan kuasa-kuasa serantau. Ia berkongsi maklumat ketenteraan mengenai China, menurut sumber-sumber kepada Reuters.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan