Images
  • china flood
    Hujan lebat and banjir melanda beberapa kawasan China. 

China dilanda banjir, 10,000 penumpang di lapangan terbang terkandas

GUANDONG: Hujan lebat and banjir melanda beberapa kawasan China sehingga menyebabkan penerbangan tertangguh dan keadaan jalan raya menjadi berbahaya.

Lapangan terbang di Zhuhai, wilayah selatan Guangdong, dibanjiri air dan sekitar 10,000 penumpang terkandas.

Di wilayah selatan Yunnan pula, tembok sebuah bangunan tempat tinggal runtuh akibat banjir. Beberapa kereta rosak disebabkan runtuhan itu.

Hujan lebat pada Jumaat (10 Ogos) menyebabkan genangan air di wilayah Hainan. Seorang warga emas di bandar Haikou diselamatkan selepas jatuh ke dalam lurang yang terbuka.

Tanah runtuh turut dilaporkan di Beijing. Mujur tiada yang cedera.

Pihak berkuasa meramalkan hujan lebat berterusan di merata negara terutama sekali di bahagian timur sedang Taufan Yagi dijangka melanda wilayah Zhejiang hari ini (12 Ogos).  

- Reuters/AQ/aq

Top