Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China beri amaran kepada AS jadikan angkasa sebagai "senjata"

China menyatakan pada Rabu (18 Dis) bahawa ia membantah ruang angkasa "dijadikan sebagai senjata". 

Anggaran Waktu Membaca:
China beri amaran kepada AS jadikan angkasa sebagai "senjata"

Gambra Hiasan. (Gambar: HO/NASA/AFP)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 11:39PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 11:42PM

BEIJING: China menyatakan pada Rabu (18 Dis) bahawa ia membantah ruang angkasa "dijadikan sebagai senjata". Kritikan itu dibuat terhadap arahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk membangunkan sebuah pusat baru bagi mengawal operasi-operasi angkasa tentera.

"China sudah secara konsisten menyarankan penggunaan angkasa yang aman, dan membantah langkah untuk menjadikan ruang angkasa sebagai senjata dan perlumbaan senjata angkasa," menurut seorang jurucakap kementerian luar China, Hua Chunying di satu sidang media.

"Kami membantah mengubah angkasa sebagai medan peperangan baru," beliau menambah.

Pada Selasa, Encik Trump memerintahkan pembangunan "Space Command" atau Komand Angkasa, sebuah struktur organisasi dalam Pentagon yang mempunyai kuasa menyeluruh berhubung operasi angkasa tentera.

Ia bakal dikenali sebagai SpaceCom dan akan sehebat dengan pusat kawalan tentera Amerika Syarikat yang lain, seperti Pusat Kawalan di Timur Tengah atau Indo-Pasifik di Asia, dan memerlukan sebuah ibu pejabat baru serta komander dan timbalan komander yang memerlukan kebenaran Senat.

Itu bagaimanapun bukanlah entiti tentera angkasa yang pertama disarankan Presiden Amerika Syarikat tersebut tahun ini.

Pada Jun, Encik Trump berkata bahawa beliau ingin membangunkan "Space Force", sebuah cawangan tentera baru, disamping Tentera Laut, Marine Corps, Tentera, Tentera Udara dan Pengawal Pinggir Laut. Beliau menekankan bahawa langkah sedemikan adalah satu keperluan untuk menangani kelemahan-kelemahan di angkasa dan menonjolkan kuasa Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pembangunannya masih belum selesai kerana ia memerlukan kebenaran Kongres, dan konsep itu sudah menimbulkan keraguan penggubal undang-undang dan pegawai pertahanan yang bimbang tentang kos dan birokasi yang meningkat.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan