Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

CEO 1MDB turut dilarang ke luar negara

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilarang ke luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
CEO 1MDB turut dilarang ke luar negara

Logo 1MDB. (Gambar fail: AFP/Manan Vatsyayana)

Diterbitkan : 16 May 2018 03:34PM Dikemas Kini : 16 May 2018 03:42PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilarang ke luar negara.

Keputusan itu diperoleh setelah Malaysiakini menyemak kad pengenalan Encik Arul Kanda, yang diperoleh dari pemfailan di mahkamah, di pangkalan data imigresen.

"Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat,” menurut status semakan itu.

Jika tiada halangan, status akan menunjukkan "Tiada halangan".

Tidak seperti CEO sebelum ini, menurut Malaysiakini, Encik Arul Kanda giat menjawab dakwaan-dakwaan salah laku terhadap 1MDB.

Dana itu didakwa disalah guna oleh mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau bagaimanapun menafikannya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Datuk Seri Najib bagaimanapun terpaksa membayar harga yang mahal apabila ditelan “tsunami” Pakatan Harapan yang merampas Putrajaya dan hampir semua kerajaan negeri.

Pentadbiran baru yang sekali lagi diketuai Tun Dr Maharhir Mohamad, mantan perdana menteri keempat, turut menyekat beberapa lagi pihak yang didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada ke luar negara.

Ini termasuk Datuk Seri Najib sendiri. 

Sumber : Agensi berita/SM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan