Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

CBS News silap terbit berita palsu kematian Barbara Bush

Agensi berita CBS News secara tidak sengaja menerbitkan berita kematian isteri mantan Presiden Amerika Syarikat, Cik Barbara Bush semalam (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
CBS News silap terbit berita palsu kematian Barbara Bush

Petikan skrin berita tersebut.

Diterbitkan : 16 Apr 2018 10:14AM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 10:17AM

WASHINGTON: Agensi berita CBS News secara tidak sengaja menerbitkan berita kematian isteri mantan Presiden Amerika Syarikat, Cik Barbara Bush semalam (15 Apr).

Berita dengan tajuk: ‘JANGAN TERBIT - Mantan Wanita Pertama Barbara Bush meninggal dunia pada usia 92 - JANGAN TERBIT’ itu diterbitkan di cbsnews.com, sebelum ia diturunkan.

Semalam, pejabat George H. W. Bush mengeluarkan kenyataan bahawa Cik Barbara Bush mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Sebaliknya, beliau memilih untuk menerima penjagaan di rumah sahaja.

Kenyataan tersebut tidak memberi keterangan lanjut tentang keadaannya tetapi mantan wanita pertama itu pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bronkitis pada Januari tahun lalu.

Beliau juga pernah menjalani pembedahan jantung pada 2009 dan dibedah bagi jangkitan ulser pada tahun sebelumnya. Selain itu, Cik Barbara Bush juga dirawat bagi sejenis penyakit tiroid. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan