Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bukan kami buat laksa jadi 'beracun', kata penjual

"Benda ini telah tular di media sosial, dah jadi viral sangat... seolah-olah kami yang bersalah, seolah-olah kami yang buat laksa ini jadi beracun."

Anggaran Waktu Membaca:
Bukan kami buat laksa jadi 'beracun', kata penjual

Encik Daud Ismail berharap orang ramai tidak akan menularkan berita yang belum dipastikan. (Gambar: Friends of Southern/Facebook)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 10:49PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 10:55PM

BALING: "Benda ini telah tular di media sosial, dah jadi viral sangat... seolah-olah kami yang bersalah, seolah-olah kami yang buat laksa ini jadi beracun."

Itulah kata-kata pemilik gerai jualan laksa kebok di Malaysia, Daud Ismail yang kecewa dengan tuduhan terhadap perniagaannya.

Baru-baru ini, sebanyak 61 kes keracunan makanan dilaporkan di Malaysia, yang dipercayai berpunca akibat memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling di Kedah.

Kes keracunan itu dilaporkan dikaitkan dengan laksa yang dijualnya. Encik Daud, 51 tahun, bagaimanapun masih lagi menantikan keputusan makmal bagi mengesahkan punca sebenar kes keracunan tersebut, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, jabatan kesihatan Malaysia hanya akan memaklumkan punca sebenar keracunan itu setelah keputusan ujian diperolehi.

Sementara itu, Encik Daud melahirkan kekecewaannya setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan yang memberi bayangan bahawa punca keracunan itu sudahpun diketahui.

Sinar Harian menukil beliau sebagai berkata: "Daripada kenyataan disiarkan media, seolah-olah laksa dijual saya memang disahkan beracun.

"Sedangkan jabatan kesihatan masih melakukan pemeriksaan dan pihaknya ada datang empat kali untuk mengambil sampel laksa dan barang masakan."

Encik Daud menegaskan bahawa selagi tiada keputusan sah, beliau akan terus memberikan kerjasama penuh kepada KKM. Beliau juga mengaku tertekan akibat insiden tersebut.

"Kami tertekan, selama 15 tahun ini laksa inilah pendapatan kami anak beranak, bila jadi macam nih, saya sedih sangat," katanya.

Sinar Harian turut memetik beliau sebagai mengharapkan orang ramai tidak akan menularkan berita yang belum dimuktamadkan itu. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan