Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak perempuan 2 tahun tersepit kepala di lubang katil urut selama setengah jam

Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak perempuan 2 tahun tersepit kepala di lubang katil urut selama setengah jam

Budak perempuan yang tersepit kepalanya di katil urut. (Gambar: Facebook / Info Roadblock JPJ/POLIS)

Diterbitkan : 05 Dec 2017 10:07PM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 10:11PM

JOHOR BAHRU: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan yang memasukkan kepalanya ke dalam lubang katil urut mengundang padah apabila kepalanya tersangkut hampir setengah jam sebelum dapat dikeluarkan.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Mohd Shahlan Amrin berkata kejadian berlaku di kedai spa yang diusahakan ibu mangsa di Pontian.

Keluarganya memanggil pihak bomba pada kira-kira 4.00 petang setelah mereka gagal mengeluarkan kepala kanak-kanak berusia dua tahun itu. 

"Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bermain dengan adik perempuannya dengan masing-masing memasukkan kepala di dalam lubang tersebut.

“Adiknya dapat mengeluarkan kepalanya, tetapi kepala mangsa tersangkut,” katanya ketika dihubungi.  

Encik Mohd Shahlan berkata bomba terpaksa membesarkan lubang katil berkenaan untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Mangsa, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan, katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan