Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Budak bawah usia 2 tahun maut dikelar ibu

Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dikelar ibu kandungnya yang dipercayai mengalami halusinasi di Felda Jengka.

Anggaran Waktu Membaca:
Budak bawah usia 2 tahun maut dikelar ibu

(Gambar hiasan: AFP/Scott Olson)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 11:13AM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 11:15AM

MARAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dikelar ibu kandungnya yang dipercayai mengalami halusinasi di Felda Jengka.

Dalam insiden kira-kira pukul 8.40 malam semalam (17 Jun), mangsa yang belum mencecah usia 2 tahun itu disahkan meninggal dunia apabila tiba di Hospital Jengka akibat cedera parah dikelar di leher menggunakan senjata tajam, lapor Utusan Online.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Penolong Pesuruhjaya Kanan Othman Nanyan berkata, suspek berusia 31 tahun bertindak mengelar leher anak bongsu dari tiga beradik itu di bilik tidur rumah berkenaan sebelum disedari suaminya.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai masalah atau rekod mengalami gangguan mental. Kami dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 9.45 malam oleh kakitangan Hospital Jengka yang menghubungi Balai Polis Bandar Pusat Jengka.

"Sebaik menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kami serta dibantu Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikejarkan ke lokasi insiden iaitu rumah keluarga terbabit bagi tujuan pemeriksaan dan siasatan awal," katanya.

Utusan Online melaporkan bahawa Encik Othman berkata, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan bapa mangsa.

"Bapa mangsa sempat menolak suspek sebelum mengambil mangsa untuk dibawa ke Hospital Jengka bagi tujuan pemeriksaan. Namun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital terbabit," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan