Images
  • file photo rohingya
    (Gambar fail: REUTERS)

Boris Johnson suarakan keprihatinan terhadap kaum Rohingya; gesa pemimpin Myanmar beri kerjasama


REUTERS: Setiausaha Luar Britain Boris Johnson berkata pada Isnin (11 Jun) bahawa beliau sekali lagi menyuarakan keprihatinan mengenai masyarakat Islam Rohingya dan bagaimana mereka diperlakukan.

Menurut beliau, keprihatinan ini disampaikan melalui panggilan telefon kepada pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi.

Encik Johnson menambah dalam catatan Twitter:
"Perlu bertindak pantas, kini Burma bersetuju untuk (PBB) menyelia kepulangan para pelarian dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan (terhadap) bagi menyiasat sebarang kekejaman."

"Tentera juga diseru supaya menahan diri dan memberikan akses kepada bantuan kemanusiaan di Kachin dan Shan."

- REUTERS/TQ/tq

Top