Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bom meledak di tapak binaan MRT Bandar M'sia; 3 pekerja cedera, ada yang putus kaki

Tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dipercayai akibat letupan di tapak pembinaan stesen transit aliran massa (MRT) di Bandar Malaysia, petang tadi (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bom meledak di tapak binaan MRT Bandar M'sia; 3 pekerja cedera, ada yang putus kaki

Kereta api di Malaysia.

Diterbitkan : 10 Oct 2017 10:37PM Dikemas Kini : 10 Oct 2017 10:45PM

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dipercayai akibat letupan di tapak pembinaan stesen transit aliran massa (MRT) di Bandar Malaysia, petang tadi (10 Okt).

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian yang berlaku pada 5.00 petang itu menyebabkan dua daripada mereka putus kaki.

Seorang lagi pekerja, cedera di tangan serta kaki. Ketiga-tiga pekerja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Beliau berkata seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari balai bomba dan penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.

Tinjauan agensi berita Bernama di lokasi kejadian mendapati sepasukan Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) JBPM masih berada di lokasi untuk menyiasat punca kejadian.

Dalam kiriman beritanya sekitar 10.10 malam, agensi berita Astro Awani menyatakan dalam akaun Twitternya bahawa menurut ketua polis Kuala Lumpur, letupan itu berpunca dari bom lama.

Menurut laporan New Straits Times awal dari itu pula, iaitu pada 7.21 malam tadi, letupan itu disebabkan sambaran petir. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan