Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Boeing ikrar dedah hasil siasatan tragedi Lion Air

Boeing menegaskan ia akan mendedahkan sebarang maklumat hasil siasatan terhadap insiden pesawat terhempas di Indonesia bulan lalu, di tengah-tengah laporan bahawa satu sidang dengan para pelanggannya sudah dibatalkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Boeing ikrar dedah hasil siasatan tragedi Lion Air

Para penyiasat memeriksa enjin pesawat Lion Air yang terhempas. (Gambar: Bay Ismoyo/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 09:44AM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:57AM

WASHINGTON: Boeing menegaskan ia akan mendedahkan sebarang maklumat hasil siasatan terhadap insiden pesawat terhempas di Indonesia bulan lalu, di tengah-tengah laporan bahawa satu sidang dengan para pelanggannya sudah dibatalkan.

Media Amerika Syarikat melaporkan bahawa sidang antara Boeing dengan klien-kliennya awalnya dijadualkan bagi membincangkan tentang persoalan-persoalan berkaitan sistem kawalan Lion Air 737-MAX.

"Boeing selalu - dan akan terus - mendampingi para pelanggan kami," kata seorang jurucakap Boeing kepada AFP.

"Kami akan terus mengadakan mesyuarat untuk berkongsi maklumat."

Tragedi yang berlaku bulan lalu meragut 189 nyawa apabila pesawat Lion Air bagi penerbangan JT 610 terhempas ke Laut Jawa pada 29 Oktober, kurang 20 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju Pangkal Pinang. Tiada satu pun penumpang terselamat.

Laporan media menyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Dennis Muilenburg mengirimkan satu pesanan kepada para kakitangannya pada Isnin (19 Nov) bahawa kepimpinan syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan sistem yang dihasilkan bagi mencegah pesawat daripada berhenti berfungsi.

"Saya tidak ingin mengulas tentang memo itu," kata jurucakap syarikat kepada AFP.

"Masalah MAX ada sangkut paut dengan reka bentuk hibridnya," kata seorang pakar penerbangan, yang enggan dinamakan, kepada AFP.

"Boeing harus membuat beberapa pilihan, dan antara lain sudah menjejas bidang avionik dan sistem arahan penerbangan semasa membina pesawat ini," katanya.

Pakar itu menambah, masalah utama MAX terletak pada penyepaduan sistem pengawalan baru dan lama yang dipasang supaya dapat berdaya saing dengan pengeluar lain.

"Ini mungkin membuat anak kapal dalam pesawat itu berdepan dengan masalah," kerana tidak memahami sistem baru sehingga berlaku tragedi itu.

Minggu lalu, kesatuan juruterbang syarikat penerbangan Amerika menyatakan bahawa syarikat-syarikat dan para juruterbang belum lagi dimaklumkan tentang perubahan-perubahan tertentu pada sistem kawalan pesawat. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan