Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

BN Kelantan tawar pembangunan seimbang duniawi, ukhrawi

Barisan Nasional (BN) Kelantan hari ini (19 Apr) melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umumke-14 (PRU14) bertemakan 'Bersama Demi Kelantan' yang mengandungi tujuh jaminan utama bagi membawa pembangunan seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi.

Anggaran Waktu Membaca:
BN Kelantan tawar pembangunan seimbang duniawi, ukhrawi

Gambar: BN for Kelantan/Facebook

Diterbitkan : 19 Apr 2018 11:12PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 11:17PM

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan hari ini (19 Apr) melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umumke-14 (PRU14) bertemakan 'Bersama Demi Kelantan' yang mengandungi tujuh jaminan utama bagi membawa pembangunan seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyenaraikan tujuh jaminan tersebut iaitu memartabatkan syariat dan syiar Islam; membangunkan ekonomi mapan; mengutamakan kebajikan rakyat; memperkasakan belia; menambah baik infrastruktur; melestarikan alam sekitar; dan membela kaum minoriti.

"Secara keseluruhannya, BN Kelantan mempunyai 60 tawaran untuk Kelantan dan masa hadapannya, diletakkan di bawah tujuh jaminan utama,”katanya ketika melancarkan manifesto itu di sini, malam ini.

"Ini merupakan satu agenda pembangunan yang seimbang dari aspek duniawi  dan  ukhrawi,  yang  akan dilaksanakan  menerusi pendekatan berteraskan Maqasid Syariah atau Matlamat Syara," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa BN Kelantan menawarkan lapan perkara untuk dilakukan dalam tempoh 100 hari pertama diberi mandat mentadbir negeri ini.

Ia melibatkan menurunkan kadar premium dan cukai tanah; menyediakan perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap dan berkesan; mewujudkan jawatankuasa hisbah untuk memantau tadbir urus dan mengenal pasti penambahbaikan untuk dilaksana; memberi diskaun bagi tunggakan cukai pintu, menghapuskan tunggakan bayaran sewa tapak dan mengkaji semula cukai pihak berkuasa tempatan.

Empat tawaran lagi ialah menghapuskan kutipan cukai kepala bakul, memudahkan prosedur permohonan lesen bagi penjaja dan peniaga kecil, mengkaji semula kadar bayaran parkir bermeter; dan mewujudkan pasukan petugas bagi memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan