Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bersatu alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan hasrat mantan pemimpin veteran UMNO, Rafidah Aziz, yang ingin menyertai parti berkenaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bersatu alu-alukan kemasukan 'wanita besi' ke dalam parti

Pemimpin veteran UMNO, Rafidah Aziz dan Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 02:12PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 02:21PM

KODIANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengalu-alukan hasrat mantan pemimpin veteran UMNO, Rafidah Aziz, yang ingin menyertai parti berkenaan. 

Timbalan Presidennya Mukhriz Mahathir berkata kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang pernah digelar sebagai 'wanita besi' negara itu mengenai hasratnya menyertai Bersatu, adalah suatu berita yang menggembirakan kepada parti. 

"Ini satu berita gembira….sangat dialu-alukan kerana kita lihat agak ramai bekas-bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada negara, mempunyai ‘track record’ yang begitu cemerlang, yang memahami perjuangan Bersatu serta Pakatan Harapan, dan buat keputusan untuk menyertai kami malah meninggalkan parti lama,” katanya.

Cik Rafidah dilapor membuat kenyataan itu di ibu negara semalam (8 Nov) di mana beliau mengakui sudah memaklumkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu, namun masih belum mengisi borang keahlian. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan