Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Berikan kami masa untuk tunai janji, kata Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berharap rakyat negara tersebut dapat memberi sedikit masa kepada kerajaan, sekurang-kurangnya sehingga keadaan kewangan bertambah baik, sebelum memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
Berikan kami masa untuk tunai janji, kata Guan Eng

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng. (Gambar: Lua Jiamin)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 04:26PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 04:30PM

CYBERJAYA: Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng berharap rakyat negara tersebut dapat memberi sedikit masa kepada kerajaan, sekurang-kurangnya sehingga keadaan kewangan bertambah baik, sebelum memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya.

Beliau berkata, keadaan kewangan negara ketika ini tidak baik berikutan hutang kerajaan sebanyak RM1 trilion (S$30 juta).

"Kami masih komited untuk memenuhi manifesto pilihan raya kami.

"Bagaimanapun, kami menghadapi hutang yang besar dan perlu memperoleh kestabilan kewangan sebelum dapat melaksanakan semua janji kami," katanya kepada para wartawan di majlis pelancaran Program Pemecut Global oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia hari ini (19 Jun).

Encik Lim berkata kerajaan masih dapat memenuhi komitmennya untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kami telah menunjukkan walaupun tanpa GST kita tidak muflis dan pada masa yang sama kami boleh memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada mereka yang memerlukan.

"Jadi, berikan kami sedikit masa untuk menangani kewangan kita terlebih dahulu sebelum kami dapat menunaikan  janji kami," tambahnya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan