Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bencana banjir Jepun: Jumlah kematian cecah 199, ramai masih hilang

Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di barat Jepun mencecah 199 orang, dengan puluhan lagi yang belum dikesan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2018 08:55PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 08:57PM

TOKYO: Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di barat Jepun mencecah 199 orang, dengan puluhan lagi yang belum dikesan. Ini menurut seorang jurucakap kerajaan negara itu pada Khamis (12 Jul).

Yoshihide Suga berkata operasi mencari masih dijalankan susulan bencana paling buruk yang berkaitan dengan cuaca yang pernah melanda negara itu sejak tiga dekad.

Suhu panas yang kian meningkat dan masalah kekurangan air menimbulkan pula bahaya berlakunya wabak penyakit.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengarahkan pasukan bertindak supaya meneruskan gerakan mencari dan menyelamat bagi puluhan lagi mangsa yang masih hilang.

Sekitar 240,000 rumah kini terputus bekalan air dan sekurang-kurangnya 10,000 orang ditempatkan di pusat-pusat perlindungan.

Pihak kerajaan berjanji memperuntukkan dana kecemasan untuk membantu mereka pulang ke rumah masing-masing.

"Kami akan melakukan sedaya upaya supaya rakyat tidak akan perlu terus hidup dalam keadaan tidak selesa di pusat-pusat perlindungan," kata Encik Abe.

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan