Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beli-belah online, temu pasangan online, kini boleh bercerai secara online juga

Selama bertahun-tahun, Laura Wasser menangani kes penceraian pasangan Hollywood dan beliau menjadi popular dalam kalangan para selebriti.

Anggaran Waktu Membaca:
Beli-belah online, temu pasangan online, kini boleh bercerai secara online juga

Laura Wasser 'peguam selebriti' memperkenal cara baru bagi pasangan yang ingin bercerai. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 02 Feb 2018 05:04PM Dikemas Kini : 02 Feb 2018 05:07PM

LOS ANGELES: Selama bertahun-tahun, Laura Wasser menangani kes penceraian pasangan Hollywood dan beliau menjadi popular dalam kalangan para selebriti.

Kini, Wasser ingin memanfaatkan segala strategi yang beliau pelajari sepanjang kerjayanya, mewakili bintang-bintang terkenal seperti Angelina Jolie, Christina Aguilera dan Johnny Depp. Laman barunya, 'It's Over Easy', bermatlamat membantu pasangan untuk menjalani proses penceraian melalui komputer tanpa mendapatkan khidmat seorang peguam, lapor agensi berita Arab News. Malah, mereka tidak perlu menjejakkan kaki ke mahkamah pun!

Menurut Arab News, laman itu dilancarkan secara rasmi pada Januari 2017 dan ia membolehkan pasangan di New York dan California untuk menjalani proses cerai dan membuat penyusunan berhubung hak penjagaan anak, secara online.

Menurut Wasser, beliau mendapat ilham daripada tabiatnya yang suka membeli-belah selain turut selalu mendengar keluhan pasangan yang ingin menjalani proses penceraian sendiri, namun mendapati prosesnya terlalu rumit dan mahal.

"Saya rasa ramai yang suka membeli-belah secara online, mencari pasangan online, memindahkan wang online - mungkin ada juga yang bertemu di alam maya - dan mendirikan rumah tangga," katanya. "Mengapa tidak kami memberi mereka peluang untuk melakukan (penceraian) ini secara online?"

Beliau berkata matlamat laman itu ialah untuk "mengubah wajah penceraian." Ia memerlukan kedua-dua pihak membuat penyataan, walaupun mereka juga mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat seorang peguam jika perlu.

Prosesnya berdasarkan soalan-soalan utama yang sering diajukan Wasser dan teknik-teknik bagi memastikan perpisahan dapat dilakukan secara damai, lapor Arab News.

Wasser, 49 tahun, berkata beliau menggesa orang ramai yang menjalani penceraian atau berada di penghujung hubungan yang sudah lama terjalin, untuk mengenang kembali detik-detik ketika mereka bersama, seperti ketika mereka membuat lamaran atau menyambut kelahiran anak mereka. "Cuba untuk buat mereka sedar bahawa ada yang istimewa tentang hubungan mereka. Berikan tumpuan pada itu dan cuba cari jalan penyelesaiannya," kata Wasser. "Ia jauh lagi baik untuk kesihatan emosi anda."

'It's Over Easy' merupakan laman bertemakan gaya hidup yang menyediakan khidmat bagi para penggunanya. Wasser dan beberapa pihak berkepentingan lain akan mengongsi pendekatan mereka di laman itu seperti cara-cara mengendalikan kewangan semasa berpisah, mengasuh anak secara bersama dan sebagainya.

Para pengguna laman itu perlu memberi maklumat tentang pendapatan dan perbelanjaan mereka selain menyatakan hari-hari yang 'penting' bagi mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Pada akhir proses tersebut, kedua-dua pihak akan mendapat dokumen yang boleh digunakan untuk bercerai secara sah dan memuktamadkan perjajian bagi menentukan hak penjagaan anak.

Yang pasti, ini bukan khidmat online percuma atau murahan.

Laman itu menawarkan khidmat secara berperingkat. Harga bermula dari $750 bagi mereka yang memfailkan permohonan sendiri. Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan untuk memfailkan permohonan di mahkamah dan khidmat kaunseling, mereka perlu membayar $2,500. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan