Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas ketua samseng mati ditembak

Seorang bekas ketua kumpulan samseng Denmark mati akibat ditembak selepas menghadiri acara pelancaran buku kisah dirinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 09:03PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 09:47PM

COPENHAGEN: Seorang bekas ketua kumpulan samseng Denmark mati akibat ditembak selepas menghadiri acara pelancaran buku kisah dirinya.

Nedim Yasar, 31 tahun, ditembak ketika meninggalkan tempat acara pelancaran bukunya di ibu kota Copenhagen, kelmarin.

Sekurang-kurangnya dua das tembakan dilepaskan ke arah Yasar dan penembaknya dapat melarikan diri.

Dilahirkan di Turki dan tinggal di Denmark sejak usia 4 tahun, Yasar pernah menjadi ketua kumpulan dadah Los Guerreros yang berpangkalan di Copenhagen. Beliau meninggalkan kumpulan itu pada 2012 setelah mengetahui dirinya akan menjadi bapa.

Yasar kemudian menjadi pembimbing kepada golongan muda dan menempah nama sebagai penyiar radio.

Bukunya berjudul 'Roots: A Gangster's Way Out' yang mula dijual semalam (20 Nov), menceritakan kisah perjalanannya meninggalkan masa lampau sebagai penjenayah.

Pada tahun lalu, Yasar memberitahu polis beliau pernah diserang selepas meninggalkan kumpulan itu. 

Sumber : Reuters/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan