Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Begija Smajic - wanita berhijab pertama menang kerusi Parlimen di Bosnia

Buat pertama kali sejak perang etnik di Bosnia, seorang wanita Islam berhijab memenangi kerusi parlimen di daerah negara itu yang dikuasai kaum Serb. 

Anggaran Waktu Membaca:
Begija Smajic - wanita berhijab pertama menang kerusi Parlimen di Bosnia

Begija Smajic, buat kemunculan pertama sejak menang Pilihan Raya bulan lalu.

Diterbitkan : 20 Nov 2018 08:55PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 09:01PM

SARAJEVO: Buat pertama kali sejak perang etnik di Bosnia, seorang wanita Islam berhijab memenangi kerusi parlimen di daerah negara itu yang dikuasai kaum Serb.

Cik Begija Smajic, berasal dari bandar timur Srebrenica di mana tentera Serb Bosnia membunuh sekitar 8,000 lelaki Muslim termasuk kanak-kanak pada tahun 1995. Ia merupakan pembunuhan beramai-ramai paling buruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Beliau melakukan kemunculan pertama di parlimen sejak menang pilihan raya pada 7 Oktober lalu.

Sebahagian besar undi dalam pilihan raya itu dimenangi oleh parti-parti nasionalis.

Ia mencerminkan ketegangan etnik yang masih wujud sejak peperangan lalu yang menyebabkan lebih 100,000 orang terbunuh dan jutaan lain hilang tempat tinggal. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan