Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beg tangan dan hadiah dirampas dari rumah Najib

Polis merampas beberapa beg tangan dan hadiah dalam operasi yang dijalankan di rumah mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Beg tangan dan hadiah dirampas dari rumah Najib

Polis tiba di luar kediaman mantan Perdana Menteri Najib Razak di Kuala Lumpur. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 17 May 2018 07:37AM Dikemas Kini : 17 May 2018 07:40AM

KUALA LUMPUR: Polis merampas beberapa beg tangan dan hadiah dalam operasi yang dijalankan di rumah mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Menurut peguam Datuk Seri Najib, Encik Harpal Singh Grewal, tiada dokumen dirampas.

"Hanya barang milik peribadi, beberapa beg tangan dan hadiah," katanya kepada wartawan Malaysiakini yang menunggu di luar kediaman Najib selama hampir enam jam.

Jelas Encik Harpal, kesemua barang yang dirampas adalah tiga atau empat kotak barang milik peribadi.

Tambahnya, operasi penggeledahan itu mengambil masa kerana keluasan kediaman itu selain polis memeriksa setiap bilik.

Meskipun polis tidak menyatakan di bawah seksyen mana Datuk Seri Najib disiasat, peguam Najib itu percaya ia mungkin ada kaitan dengan pengubahan wang, lapor Malaysiakini.

"Najib dan keluarganya memberi kerjasama kepada polis dan polis bertindak secara profesional. Kita percaya siasatan itu adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram," katanya seperti ditukil Malaysiakini.

Kata Encik Harpal lagi, polis tidak memaklumkan bila Datuk Seri Najib mungkin akan dipanggil untuk disoal. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan