Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi patah tulang; bapa gesa pengasuh didakwa

Bapa kepada bayi berusia tiga bulan yang patah tulang paha kiri disyaki ketika berada dalam jagaan pengasuhnya, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi patah tulang; bapa gesa pengasuh didakwa

Bayi berusia tiga bulan yang patah tulang paha kiri disyaki ketika berada dalam jagaan pengasuhnya. (Gambar: 1News/Facebook)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 11:53AM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 12:01PM

SHAH ALAM: Bapa kepada bayi berusia tiga bulan yang patah tulang paha kiri disyaki ketika berada dalam jagaan pengasuhnya, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan.

Encik Muhamad Muhsin Zaidi, 29 tahun, berkata bahawa aduan polis sudah dibuat tetapi siasatan terpaksa ditangguhkan kerana pengasuh anaknya sudah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, lapor Berita Harian Online.

"Pihak hospital juga sedang berusaha mengenal pasti punca kecederaan yang dialami anak saya dan kemudian melalui hasil siasatan serta laporan perubatan, saya akan lantik peguam jenayah dan peguam sivil untuk bawa pengasuh itu ke mahkamah.

"Saya kini menunggu pakar tulang kanak-kanak dari Hospital Serdang untuk memeriksa keadaan anak saya," katanya ketika dihubungi hari ini (14 Jun).

Menurut Berita Harian Online, beliau yang bertugas sebagai penolong pegawai perubatan di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS), menyedari paha kiri anaknya patah ketika menjemput anaknya selepas dihubungi pengasuh.

"Saya perasan kaki anak saya patah ketika mengambilnya dan bertanya kepada pengasuh bagaimana ia berlaku.

"Bagaimanapun pengasuh menafikan kemungkinan anak saya ada terjatuh malah memberitahu saya bahawa tiada apa-apa berlaku sepanjang anak saya berada dalam jagaannya," katanya.

Encik Mohamad Muhsin berkata, apa yang terjadi pada anaknya perlu dihebahkan agar ibu bapa serta pengasuh lebih peka terhadap keselamatan anak-anak selain memahami risiko setiap kali menghantar anak ke pengasuh.

Beliau turut berharap agar syarat baru dikenakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke atas pusat asuhan seperti memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV), memastikan pengasuh bertauliah yang digajikan, pemeriksaan berkala dan lain-lain penguatkuasaan.

Bayi itu yang baru dua minggu dihantar untuk dijaga pengasuh terbabit kini mendapatkan rawatan di HSAS, lapor Berita Harian Online.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan