Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi maut selepas tercampak dari pangkuan bapa dalam kemalangan 3 kenderaan

Bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas tercampak keluar daripada kereta dipandu ibunya dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 19.3 Jalan Seremban - Simpang Pertang, petang semalam (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi maut selepas tercampak dari pangkuan bapa dalam kemalangan 3 kenderaan

(Gambar: MEDIA #DTTB / Facebook)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 06:03PM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 06:05PM

JELEBU: Bayi perempuan berusia sembilan bulan maut selepas tercampak keluar daripada kereta dipandu ibunya dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 19.3 Jalan Seremban - Simpang Pertang, petang semalam (11 Mac).

Ketua Polis Daerah Jelebu, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku pada jam 7.30 malam.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Toyota Vios dipandu Lim Hui Chee, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah di Titi dari arah Seremban.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan ketika mengambil selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Honda Civic dari arah Kuala Klawang.

"Kereta mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum dilanggar sebuah PROTON Saga juga dari arah Kuala Klawang.

"Akibat kemalangan itu, bayi berkenaan, Wong Qan Ton yang dipangku bapanya, Wong Ting Sing, 26, tercampak keluar daripada kereta ke tengah jalan," kata Supt Kamarul seperti ditukil BH Online.

Supt Kamarul Rizal menambah, pemandu PROTON Saga, Luqman Al Hakim Fouzar, 23, dari Simpang Durian, cedera di bahagian leher, manakala pemandu dan penumpang Honda Civic dari Pelabuhan Klang tidak mengalami kecederaan.

Menurut laporan BH Online lagi, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). Bagaimanapun, bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.50 pagi ini (12 Mac) berikutan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi Unit Forensik HTJ apabila ahli keluarga berkumpul sambil menunggu mayat Qan Ton selesai dibedah siasat.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan temu bual dengan ibu bapa mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan bercakap dengan media kerana masih sedih dengan tragedi yang berlaku. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan