Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 10 bulan mati terbiar dalam kereta yang panas

Bayi berkenaan, Kash Barhonovich, meninggal dunia pada 14 Jun selepas ditinggalkan dalam kereta ibunya di luar rumah mereka bagi tempoh yang tidak dapat dipastikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 10 bulan mati terbiar dalam kereta yang panas

Gambar fail kenderaan di tempat meletak kereta (Gambar: GETTY Images)

Diterbitkan : 13 Jul 2018 11:18PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 11:24PM

MISSISSIPPI: Seorang ibu didakwa membunuh anaknya yang berusia 10 bulan selepas bayi lelaki itu meninggal dunia setelah ditinggalkan dalam sebuah kereta yang panas.

ABC News melaporkan bahawa bayi berkenaan, Kash Barhonovich, meninggal dunia pada 14 Jun selepas ditinggalkan dalam kereta ibunya di luar rumah mereka bagi tempoh yang tidak dapat dipastikan, menurut Pejabat Syerif Jackson County.

Suhu mencecah 32 darjah Selsius, dengan indeks haba pada hari itu melebihi 36 darjah Selsius.

Menurut pejabat syerif, dapatan awal bedah siasat mendedahkan bahawa kematian Kash menunjukkan tanda-tanda hipertermia - ataupun keadaan suhu badan yang jauh lebih tinggi daripada paras normal.

Menurut ABC News lagi, ibunya Elizabeth Marie Barhonovich, 28 tahun, dipenjarakan tanpa ikat jamin atas tuduhan membunuh, tambah pejabat itu lagi.

Barhonovich dihadapkan ke mahkamah tanpa diwakili peguam dan dia juga tidak mengemukakan sebarang rayuan.

Kash adalah antara sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak di Amerika Syarikat yang mati akibat suhu panas dalam kereta tahun ini. Tahun lalu pula, bilangannya adalah 43, menurut kidsandcars.org seperti ditukil ABC News.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan