Bayangkan, 27 kanta lekap pakai buang bertepek di mata wanita ini
Pakar-pakar bedah sedang bersiap sedia untuk melakukan pembedahan katarak ke atas seorang wanita berusia 67 tahun apabila mereka terjumpa sesuatu yang tidak disangkakan - 27 kanta lekap, melekat di mata pesakit itu.
BRITAIN: Pakar-pakar bedah sedang bersiap sedia untuk melakukan pembedahan katarak ke atas seorang wanita berusia 67 tahun apabila mereka terjumpa sesuatu yang tidak disangkakan - 27 kanta lekap, melekat di mata pesakit itu.
Lensa tersebut, yang disifatkan sebagai "jisim kebiru-biruan", menyebabkan ketidakselesaan yang beliau kaitkan dengan kekeringan pada mata dan usia yang lanjut, menurut media Britain, selepas kes tersebut diterbitkan di Jurnal Perubatan British pada 5 Julai.
Pakar-pakar mata pada awalnya menemukan 17 kanta lekap itu "melekat dengan lendir" sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan dan menemukan 10 lagi konta sentuh melekat di matanya.
Rupal Morjaria, pelatih pakar ophthalmologist yang kes tersebut di Hospital Solihull berdekatan Birmingham, mengatakan: "Kita tidak pernah nampak perkara sebegini.
"Ia satu jisim yang besar. Kesemua 17 kanta lekap, melekat. Kami amat terperanjat pesakit tidak mengetahuinya kerana ia akan mengakibatkan kerengsaan apabila ia berada di dalam matanya."
Menurut Jurnal Perubatan Britain, pesakit itu menggunakan kanta lensa pakai buang bulanan selama 35 tahun.
"Beliau mempunyai penglihatan yang tidak baik pada mata kanannya dan biji mata yang lebih dalam pada rongga mata," menurut artikel itu. Ini menyebabkan rongga matanya mampu ‘mengisi’ lebih banyak kanta lekap tersebut tanpa tersembul keluar.
Menurut The Telegraph, pesakit tidak selalu bertemu dengan pakar mata.
Dengan penemuan itu, pembedahan wanita tersebut ditangguhkan kerana risiko dijangkiti endophthalmitis, iaitu radang pada kawasan dalam mata, semakin meningkat.
Cik Morjaria menambah: "Pesakit itu terperanjat. Apabila beliau bertemu kami kembali dua minggu kemudian, beliau berkata matanya berasa lebih selesa."
Wanita tersebut tidak melaporkan apa-apa simptom sebelum pembedahan dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.