Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Barbara Bush meninggal dunia pada usia 92 tahun

Mantan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Barbara Bush, meninggal dunia pada usia 92 tahun semalam (17 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Barbara Bush meninggal dunia pada usia 92 tahun

Gambar fail. (Gambar: JASON REED/REUTERS)

Diterbitkan : 18 Apr 2018 09:40AM Dikemas Kini : 18 Apr 2018 09:45AM

WASHINGTON: Mantan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Barbara Bush, meninggal dunia pada usia 92 tahun semalam (17 Apr).

Barbara Bush adalah satu-satunya wanita yang dapat menyaksikan suaminya, George H.W. Bush dan anaknya, George W. Bush, mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat, masing-masing pada tahun 1989 dan 2001.

Ahad lalu (15 Apr), pejabat suaminya mengeluarkan kenyataan bahawa Barbara Bush mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan perubatan di hospital.

Beliau sebaliknya meminta untuk menerima penjagaan di rumah.

Dalam satu kenyataan, George W. Bush berkata: “Ibu kesayangan sudahpun meninggal dunia pada umur 92 tahun. Laura, Barbara, Jenna dan saya bersedih, namun jiwa kami tenang kerana kami tahu jiwa ibu pun kini tenang.

"Barbara Bush merupakan Wanita Pertama yang menakjubkan, seorang wanita yang tiada tandingannya.

“Saya sangat bersyukur Barbara Bush ibu saya. Keluarga kami akan merinduinya dan kami berterima kasih atas semua ucapan takziah.”

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan