Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa saudara dicekup sumbang mahram dengan anak saudara berusia 10 tahun

 Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah pada malam Khamis (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa saudara dicekup sumbang mahram dengan anak saudara berusia 10 tahun

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 05:35PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 05:38PM

JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah pada malam Khamis (13 Sep).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Mohd Taib Ahmad, berkata pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun itu bersama seorang kanak-kanak perempuan, berusia 10 tahun, pada kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku lelaki berkenaan yang mencurigakan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki kedua-duanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

“Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” kata ACP Mohd Taib dalam satu kenyataan pada Jumaat (14 Sep).

Beliau berkata siasatan awal mendapati bahawa kanak-kanak itu merupakan anak saudara suspek tersebut. Menurut ACP Mohd Taib, mangsa memberitahu bahawa bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa mangsa.

“Kejadian seperti itu merupakan kejadian kali kedua,” kata ACP Mohd Taib.

Suspek yang sudah berkahwin itu, mempunyai tiga orang anak yang berusia antara 25 tahun hingga 28 tahun. Dia direman selama tujuh hari, mulai Jumaat (14 Sep) sehingga 20 September ini.

ACP Mohd Taib berkata bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan