Banjir kilat Thailand ragut 2 nyawa
Banjir kilat di bahagian selatan Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
PHUKET: Banjir kilat di bahagian selatan Thailand mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
Menurut pihak berkuasa Thailand, hujan lebat sejak Khamis (8 Nov) melumpuhkan kawasan pantai tenggara negara itu dan menyebabkan banjir di wilayah pergunungan Prachuap Khiri Khan dan Chumphon.
Beberapa daerah mencatatkan hujan lebat melebihi 20 sentimeter dalam masa sehari.
Sekurang-kurangnya lima buah sekolah ditutup, sementara sebahagian jalan raya yang menghubungkan wilayah di bahagian selatan Thailand dengan daerah lain di negara itu dilanda banjir, sekaligus menjejas rangkaian pengangkutan.
Pihak berkuasa juga memberi amaran bahawa lebih banyak lagi banjir kilat boleh dijangkakan, sedang para penduduk kini meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari tempat berteduh yang lebih selamat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.