Images
  • cnn
    Ibu pejabat CNN di Atlanta, Georgia. (Gambar: Chris Aluka Berry/Reuters)

Bangunan pejabat CNN sekali lagi digegar ancaman bom

NEW YORK: Polis New York sedang menyiasat panggilan telefon mengenai ancaman bom di bangunan Time Warner, di mana terletak pejabat-pejabat agensi berita CNN pada Khamis malam (6 Dis).

Menurut pemanggil itu, terdapat lima bom disembunyikan di dalam bangunan tersebut.

Agensi berita itu menyatakan lonceng-loceng amaran kebakaran di dalam bilik beritanya berbunyi sekitar 10.30 malam, menandakan para pekerja perlu meninggalkan bilik itu.

CNN kemudian terpaksa membuat siaran beritanya menggunakan Skype sahaja dari luar bangunan tersebut.

Polis juga menutup jalan-jalan raya di kawasan itu bagi menjalankan siasatan.

Biro CNN di New York pernah dikosongkan pada Oktober lalu selepas sebuah bungkusan berisi bom paip ditemui.

- Reuters/MU/ai

Top